Tutup

10 orang melecur letupan bunga api

10 orang melecur selepas terkena letupan bunga api ketika sambutan ambang tahun baru 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang Tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, keadaan menjadi tidak terkawal selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukan meletup sebelum sempat berada di udara sehingga terkena penonton.