Tutup

1047 orang awam ditahan jual dokumen pengenalan diri palsu

Sebanyak 1047 tangkapan melibatkan orang awam telah dibuat dan telah didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dalam usaha membanteras sindiket dokumen pengenalan diri palsu. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menjelaskan berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2013 hingga 30 September 2019, sebanyak 2100 operasi penguatkuasaan terhadap sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu atau milik orang lain telah dijalankan.