11 kematian di Terengganu sejak Op Selamat dilancarkan

Sebelas kematian direkodkan di Terengganu sepanjang enam hari pelaksanaan Op Selamat 13 yang bermula 8 Jun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Superintendan Abd Razak Hasan berkata daerah Besut mencatatkan kematian tertinggi iaitu empat kes.