111,329 pendeposit baharu Tabung Haji sejak Januari

Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan 111,329 pendeposit baharu antara tempoh Januari hingga April lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sekali gus menunjukkan keyakinan pendeposit terhadap pengurus haji dan dana Islam itu terus kukuh.