111 sekolah di Pasir Gudang dibuka semula hari ini

111 sekolah di Pasir Gudang yang terpaksa ditutup sejak 13 Mac lalu berikutan isu pembuangan bahan kimia dibuka semula hari ini. Bagaimanapun, pelajar dan guru di sekolah yang terlibat masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.