117 Pendatang Asing Tanpa Izin warga Afrika ditahan

Seramai 117 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Afrika ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Apartment Desa Aman Puri, Desa Jaya, Gombak dan Apartment Vista Millenium, Bukit Puchong, Subang Jaya, pada Ahad. Dalam operasi yang dilakukan selama 12 jam bermula 12 tengah malam itu, turut ditahan 14 PATI terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia, Mynmar, Filipina dan Bangladesh.