Tutup

12,409 unit kuarters polis dikenal pasti untuk dinaiktaraf

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenaraikan sejumlah 12,409 unit kuarters di 158 lokasi dan lain-lain keperluan infrastruktur guna sama yang perlu diselenggara dan dinaiktaraf. Selain itu kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 201 unit lif di 34 lokasi turut dikenal pasti untuk penggantian dan pembaikan.