Tutup

12 individu dibenar rujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan 12 individu termasuk dua Adun yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE untuk merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi. Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang membuat permohonan di tiga Mahkamah Sesyen berasingan.