12 Senator angkat sumpah, PH masih minoriti di Dewan Negara

Hari ini berlangsungnya majlis angkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara yang baharu. Ini menjadikan anggota Dewan Negara bertambah menjadi 68 Senator dengan dua lagi kerusi masih kosong. Walaupun dengan pelantikan ini, Pakatan Harapan masih belum menguasai majoriti Dewan Negara apabila kini terdapat 32 Senator yang mewakili Barisan Nasional dan tiga Senator Pas daripada 68 Senator di Dewan Negara. Butiran lanjut bersama Asyraf Hasnan di Parlimen.