130 warga asing ditahan

Seramai 130 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen di Kajang dan Puchong, pada Jumaat malam. Dalam serbuan di 53 unit pangsapuri di Kajang, 78 rakyat Nigeria, enam Filipina dan masing-masing seorang India dan pakistan serta empat kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun ditahan.