14 kematian akibat denggi di Johor sehingga 14 Jun

14 kematian akibat denggi dicatatkan di Johor bermula awal tahun hingga 14 Jun, dengan tiga kes terbaru berlaku di Taman Sri Lambak di Kluang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kematian itu meningkat sebanyak 100 peratus berbanding hanya tujuh kes dalam tempoh sama, tahun lepas.