14 kematian penduduk Asli kaum Batek dilaporkan

14 kematian dilaporkan melibatkan penduduk Asli kaum Batek di Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang sejak 2 Mei hingga 7 Jun lepas akibat penyakit yang masih tidak diketahui puncanya. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorty dalam sidang medianya bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussein siang tadi.