14 kematian, puncanya tidak diketahui

Sejak 2 Mei hingga 7 Jun yang lalu.... 14 penduduk Asli Kaum Batek di Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang meninggal dunia. Ini berdasarkan laporan dari ketua masyarakat Orang Asli. Sebab kematian adalah akibat penyakit yang tidak diketahui puncanya. Ini perkara yang disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorty dalam sidang medianya bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussein.