14 pemandu mabuk ditahan dalam Operasi Trafik Kuala Lumpur

Mabuk, memandu dalam keadaan bahaya serta tidak mematuhi peraturan lalu lintas antara kesalahan yang dikesan dalam operasi khas dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur menjelang perayaan Krismas awal pagi tadi. Operasi khas itu diadakan di tiga lokasi tumpuan di ibu negara bermula malam semalam hingga awal pagi tadi.