15 juta layari portal Sebenarnya.my

Portal sebenarnya dot my, yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita palsu dalam talian telah menerima jumlah layaran mencecah lebih 15 juta sejak ianya dilancarkan pada Mac lalu. Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata, jumlah itu menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai engan purata kira-kira 70 ribu layaran.