Tutup

16 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas Daish

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 16 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas Daish. Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jelasnya, semua suspek terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.