Tutup

16 termasuk kanak-kanak melecur belon helium meletup

16 individu termasuk kanak-kanak melecur apabila belon helium yang menjadi 'prop' untuk Program Kecergasan Sempena Bulan Sukan Negara 2019 di dataran Putrajaya meletup pada pagi Sabtu. Mangsa yang terbabit dalam insiden 11.30 pagi itu merupakan sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa berumur antara empat dan 30-an.