17 mangsa gempa Lombok selamat pulang

Seramai 17 mangsa gempa bumi rakyat Malaysia di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia selamat pulang dengan menaiki penerbangan AirAsia AK309. Mereka tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 3.15 petang Selasa.