171 kes langgar skim harga Aidilfitri

Sebanyak 171 kes pelanggaran skim harga maksimum musim perayaan 2019 direkodkan di seluruh negara sejak ia dilaksakana pada 21 Mei lalu sehingga semalam. Antara kesalahan dikesan termasuk peniaga menjual barangan melebihi harga maksimum, gagal menggunakan tanda harga khas dan tidak meletakkan tanda harga.