172 pemeriksaan ke atas kilang-kilang di Pasir Gudang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melakukan 172 pemeriksaan ke atas premis (kilang) kimia dan yang mengendalikan bahan berbahaya, sekitar Pasir Gudang. Pengarah JAS Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata sehingga kini pihaknya telah mengeluarkan 98 kompaun, 46 notis arahan dan sembilan perintah tahanan operasi kelengkapan, selain syor tindakan mahkamah terhadap dua buah kilang.