19 keluarga dipindahkan akibat banjir di Kedah

Air sungai melimpah akibat hujan lebat melanda daerah Kota Setar, Kedah menyebabkan 19 keluarga membabitkan 57 mangsa di Kampung Lapangan Terbang di Kepala Batas, terpaksa dipindahkan.. Air naik dengan cepat sejak jam 6 petang tadi mengakibatkan banyak kediaman penduduk dinaiki air sedalam antara 0.3 meter hingga 0.5 meter.