1MDB: Beberapa lagi individu akan dipanggil

Sementara itu PDRM tidak menolak kemungkinan beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad ,1MDB. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih menjalankan proses mengenal pasti individu lain yang dipercayai terbabit dalam siasatan itu.