Tutup

1MDB mohon perintah mahkamah percepatkan jualan Equanimity

1Malaysia Development Berhad (1MDB) memfailkan perintah mahkamah bagi mendapatkan perintah mempercepatkan penjualan kapal persiaran mewah 'Equanimity'. Dalam notis permohonan itu, empat plaintif meminta penjualan kapal, bunker, bahan bakar, pelincir dan bahan lain di atas kapal itu dijalankan melalui tender awam atau swasta oleh Sheriff atau Pendaftar Mahkamah Admiralty.