Video  |  Malaysia

2 lelaki rompak kedai emas RM60,000

Dua perompak bersenjatakan pistol melarikan sejumlah barang kemas dalam satu kejadian rompakan di kiosk pameran emas di sebuah pasaraya di Jalan Baru, Bukit Mertajam pada Isnin. Dalam kejadian pada 2.25 petang itu salah seorang suspek mengacukan senjata ke arah seorang jurujual supaya berdiam diri sementara suspek kedua melarikan barang kemas bernilai RM60 ribu.