2 pendaki hilang di Bukit Tok Dun Perlis ditemui selamat

Dua penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tok Dun, Arau, Perlis pada Isnin berjaya ditemui awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Perlis berkata, mereka dibawa turun dengan selamat, kira-kira 1.30 pagi.