20,000 anggota PKR Pahang layak mengundi pilih pimpinan

Kelantan dan Terengganu sudah selesai pilih pucuk pimpinan PKR mereka. Hari ini pula seramai 20 ribu anggota PKR Pahang yang disahkan layak mengundi bagi memilih kepimpinan peringkat pusat dan cabang akan melaksanakan tanggungjawab mereka. Ketua Koordinator Negeri R.Nadarajan berkata pemilihan melibatkan 14 cabang iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, Rompin, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Bentong, Kuala Krau, Maran dan Cameron Highlands.