Tutup

20 budak hilang di Melaka masih tiada petunjuk - KP Melaka

Seramai 20 kanak-kanak yang dilaporkan hilang di negeri Melaka sejak sembilan tahun lalu masih gagal dijejaki sehingga hari ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu membabitkan tujuh peratus daripada 303 kes yang direkodkan sejak tahun 2010 hingga Oktober lalu.