20 mahasiswa UPSI terima biasiswa Yayasan Yu Chai

Seramai 20 mahasiswa daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih sebagai penerima bantuan pendidikan berjumlah RM960 ribu daripada Yayasan Yu Chai bagi membiayai Pengajian Bahasa peringkat Sarjana. Pengarah Urusannya, Tiong Ting Ming berkata inisiatif itu merupakan selaras dengan teras penubuhan yayasan mahu membantu mengurangkan beban perbelanjaan siswazah yang mendalami jurusan pendidikan dan penguasaan bahasa ibunda.