Tutup

20 peratus penduduk Malaysia berusia 65 tahun menjelang 2040

20 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia bakal berumur 65 tahun ke atas menjelang 2040. Dalam pada itu Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mahu memperkasakan lagi kehidupan pesara dan bakal pesara menerusi pengajuran Karnival Rasa Sayang yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam selama dua hari, bermula hari ini. Kita bersama Dania Zainuddin yang mengikuti karnival ini di Shah Alam.