200 meter kawasan pantai di Pantai Tanjung runtuh dibadai ombak besar

Kira kira 200 meter kawasan tebing di Pantai Tanjung, Kuala Kemasek, Kemaman runtuh dibadai ombak berikutan fenomena air pasang besar. Kejadian itu menyebabkan kerosakan, termasuk bangsal pendaratan nelayan, kedai Koperasi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasek dan sebuah rumah.