Tutup

201 calon Pendidikan Khas duduki UPSR di Johor

Di Johor, 201 calon berkeperluan khas termasuk sembilan calon buta, 28 rabun dan 36 pekak, daripada 57,574 calon menduduki ujian itu di 947 pusat peperiksaan di seluruh Johor. Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru, mendapati 12 orang calon menduduki peperiksaan tersebut dengan enam daripadanya calon buta sepenuhnya.