2019 jadi asas memartabatkan sistem pendidikan negara

Dengan peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019, iaitu sekitar 60 perpuluhan 2 bilion ringgit, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka lebih banyak inisiatif bagi pendidikan masa hadapan lebih baik. Kementerian yakin tahun 2019 akan terus menyumbang kepada perubahan lebih menyeluruh dalam memartabatkan sistem pendidikan negara.