Tutup

220 sekolah dan IPT di Muar dan Tangkak ditutup

Kira-kira 220 sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di daerah Muar dan Tangkak, Johor ditutup pada esok, akibat jerebu. Pengerusi jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penutupan itu membabitkan lebih 40 ribu pelajar.