225 kawasan berpotensi mempunyai toksik di Pahang

Pencemaran di Pasir Gudang kini jadi iktibar buat Kerajaan Negeri Pahang. Ia sudah kenal pasti 225 kawasan yang berpotensi mempunyai sisa toksik. Dapatan itu diperoleh hasil bacaan satelit Agensi Remote Sensing Malaysia dan memerlukan pemeriksaan di lapangan untuk pengesahan.