Tutup

25 pertuduhan baru dikemukakan kepada Najib

Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memberitahu, sebanyak 25 pertuduhan baru dikemukakan pendakwa raya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk empat pertuduhan berkenaan akta SPRM iaitu menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan cara memperolehi wang sebanyak yang tertera di dalam pertuduhan.