Tutup

260 dirawat akibat pencemaran kimia

Sedih dan geram Menteri Pendidikan itu adalah kerana murid dan pelajar sekolah terus jadi mangsa pencemaran kimia di Johor. Semalam SMK Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih terpaksa ditutup semula, tidak sampai lapan jam sesi persekolahan bermula. Hari ini dua lagi sekolah iaitu SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort terpaksa ditutup. Semua kerana pencemaran yang menyebabkan ramai pelajar sesak nafas, loya dan muntah.