Tutup

28 ditahan terlibat pergaduhan di kuil

Seramai 28 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Kuil Kaliamman, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Kejadian pada pukul 9.15 malam itu turut menyebabkan seorang anggota polis tercedera di bahagian tangan dan menerima enam jahitan selepas diserang ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut.