3.92 tan gading gajah bernilai RM13.26 juta dilupuskan

Sebanyak 3.92 tan gading gajah bernilai RM13.26 juta telah dilupuskan pada Selasa. Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, kesemua 3.92 tan itu adalah hasil daripada 15 rampasan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi lain sejak 2011 hingga 2017 di lapangan terbang dan pelabuhan di negara ini.