30 kubur musnah, dibakar dipercayai perbuatan khianat

Penduduk di Bachang Melaka gempar apabila sekurang-kurangnya 30 kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, ditemui rosak dipercayai akibat perbuatan khianat. Kejadian sekitar jam 8.30 malam itu turut melibatkan dua kubur yang ditemui dengan kesan terbakar.