304 Orang Asli Batek Pos Lebir jalani saringan kesihatan

Seramai 304 masyarakat Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan sudah menjalani saringan Kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri. Menurut Penghulu Kampung Pasir Linggi, Ramli Be Bas, antara yang menerima saringan perubatan termasuk kanak-kanak selain golongan dewasa.