3333 orang usahawan terima geran RM3 ribu sepanjang 12 sesi BizFair

Melahirkan dan membantu lebih tiga ribu usahawan di seluruh negara dengan geran berupa kelengkapan perniagaan bernilai RM3 ribu. Itu kejayaan yang dicapai menerusi Program BizFair Anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu meskipun jelajah BizFair sampai ke penghujung selepas 12 siri, namun pemantauan berterusan terhadap usahawan akan tetap dilaksanakan.