34 cedera kerana mercun di Batu Caves

Seramai 34 warga tempatan cedera akibat terkena letupan mercun di atas jambatan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berdekatan kuil Batu Caves, malam tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata pihaknya mendapati kejadian pada jam 8.40 malam berlaku susulan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang membakar mercun sempena sambutan Thaipusam tanpa kebenaran dan permit polis.