Tutup

36 pelajar tahfiz di Alor Setar keracunan makanan

Lebih 40 pelajar tahfiz Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) di Alor Setar mengalami keracunan makanan, disyaki berpunca daripada nasi arab yang disumbangkan oleh sebuah restoran untuk moreh selepas tarawih, Selasa malam. Kejadian itu menyebabkan 15 pelajar dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom sakit perut, cirit birit, pening dan muntah sejak jam 9 pagi tadi.