415 PATI ditahan di tapak binaan

Jabatan Imigresen Putrajaya menahan 415 pendatang asing tanpa izin di tapak binaan taman skypark Cyberjaya dalam serbuan awal pagi Sabtu. Operasi yang diketuai oleh timbalan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Rahim Abdullah bersama 100 pegawai agensi yang terlibat diadakan hampir 4 jam sebelum berakhir jam 4 pagi.