Tutup

45 wanita warga Vietnam ditahan dalam Op Bersepadu

Seramai 45 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO ditahan dalam Op Bersepadu di sebuah pusat karaoke di Seri Manjung, Perak pada awal pagi Sabtu. Operasi selama dua jam bermula pada jam 12.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan 41 pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak.