47 mangsa penipuan kembali ke tanah air

47 rakyat Malaysia yang jadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja selamat tiba di tanah air hari ini. Kumpulan pertama seramai empat orang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA sekitar jam 10.30 pagi. Manakala penerbangan sewaan khas JC International Airlines dari Siem Reap, Kemboja tiba pada jam 1.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 1.30 petang.