47 rakyat Malaysia di Kemboja dijangka pulang mulai esok

Usaha bawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja mengalami sedikit kesulitan ekoran beberapa mangsa kehilangan pasport dan dokumen perjalanan sah. Jelas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, sehubungan itu, pihaknya terpaksa mengeluarkan sijil khas pada Sabtu bagi membolehkan mereka terbang ke tanah air. Menurutnya, kesemua 47 rakyat Malaysia itu dijangka pulang pada Ahad dalam keadaan selamat.