47 rakyat Malaysia jadi mangsa penipuan kini ditahan di Kemboja

Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian. Berdasarkan maklumat, 44 yang ditahan berasal dari Sarawak, berusia antara 18 hingga 20 tahun.