5,400 pelajar B40 berjaya ke MRSM, rayuan masih dibuka

Sejumlah 70 peratus, iaitu kira-kira 5,400 pelajar daripada keluarga dalam kelompok berpendapatan B40 berjaya menempatkan diri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata 20 peratus pula merngkumi kelompok M40 manakala baki 10 peratus daripada kelompok T20.