5 lelaki direman kerana gaduh

Lima lelaki berusia antara 19 dan 41 tahun ditahan reman empat hari bermula hari ini berhubung insiden pergaduhan di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah lewat petang Ahad. Difahamkan, pergaduhan itu berpunca apabila seorang kanak-kanak perempuan 8 tahun yang sedang berjalan kaki dilanggar sebuah motosikal.